Tarikh Penting Penubuhan KPMP Berhad
Sejarah awal penubuhan koperasi.
Perjumpaan Keluarga Haji Mohamad Perak di Kg. Bandar Lama, Kg. Gajah telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah koperasi keluarga dan juga memberi mandat kepada semua AJK perjumpaan hari keluarga menjadi lembaga pengarah penaja koperasi.
Permohonan untuk menubuhkan koperasi telah dimajukan kepada Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri Perak.
Permohonan untuk menubuhkan koperasi telah diluluskan oleh Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri Perak.
Mesyuarat pertama lembaga pengarah penaja Koperasi Pembangunan Keluarga Haji Mohamad Perak (KPMP) Berhad telah diadakan dan telah membincangkan Pembentukan Undang-undang Kecil (UUK) koperasi untuk dibentangkan dalam Mesyaurat Agung Pendaftaran.
Mesyuarat Agung Pendaftaran telah diadakan di No. 4, Jalan Garland, Ipoh, Perak.
Koperasi Pembangunan Keluarga Haji Mohamad Perak (KPMP) Berhad telah diluluskan pendaftarannya dengan No. Pendaftaran A-4-0403.
Mesyuarat Kedua Lembaga Pengarah Penaja KPMP Berhad telah diadakan di No. 4, Jalan Garland, Ipoh, Perak.
Mesyuarat Agung Tahunan Pertama KPMP Berhad di Kampong Sungai Balai Baroh, Bagan Datuk, Perak.
Citra Logo
Simbolik warna dan bentuk yang melambangkan identiti KPMP.
Visi
Kami beriltizam untuk menjadikan KPMP Berhad, Koperasi Keluarga yang mampan melalui ikatan ukhwah yang kukuh dan ekonomi yang mantap.
Misi
- Mengenalpasti peluang-peluang perniagaan berdaya maju untuk diterokai.
- Prihatin terhadap kesejahteraan anggota-anggota dari pelbagai aspek.
- Memupuk budaya ilmu untuk meningkatkan kecemerlangan pendidikan.
- Membangunkan barisan ahli pelapis yang berkaliber untuk terus memajukan KPMP.
- Mengukuhkan punca kewangan melalui amalan pengurusan perladangan lestari.
Objektif
Sasaran strategik koperasi.
- Untuk memastikan koperasi mampu menjana pendapatan yang mampan daripada aktiviti-aktiviti pelaburan.
- Memastikan pulangan yang sewajarnya kepada pemegang saham KPMP.
- Mengukuhkan ukhuwah antara ahli melalui inisiatif sosial dan kebajikan.
Nilai Bersama
Prinsip yang menjadi pegangan setiap anggota KPMP.
INTEGRITI
Kita sentiasa amanah, berintegriti dan profesional dalam melaksanakan tugas.
SILATURAHIM
Kami sentiasa bekerjasama dan bersatu dalam membina kekuatan kekeluargaan.
EKONOMI MAMPAN
Kami sentiasa bertekad dalam usaha memajukan ekonomi koperasi.
KEBERKATAN
Kami sentiasa bersyukur atas setiap sesuatu dalam memperoleh sumber pendapatan koperasi.
Bilangan Ahli (Jun 2024)
0
Dividen Minimum Sasaran
0%
Sektor Perniagaan
0
Tahun Beroperasi
0
Organisasi Koperasi
Dibarisi oleh Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Anggota Lembaga Koperasi.
Pengerusi
Dato' Seri Dr. Isahak bin Yeop Mohd Shar
Setiausaha
En. Amir Azman bin Dato' Yusuf
Bendahari
Pn. Shahruna Mazuwa binti Mohamed Sah
Anggota Lembaga Koperasi
En. Yusof bin Sulaiman
En. Izam Yusri bin Ahmad Kamal
Tn. Haji Abdul Malik bin Ahmed
Tn. Hj. Ahmad Halimi bin Harun
Tn. Haji Mohammad Mokhtar bin Mohd Ali
En. Shahrizal bin Ishak
Pn. Hajjah A'azenin binti Dato' Haji Mohd Abas
En. Ahmad Khairulrais bin Ahmad Khairi
Tn. Hj. Mohammed bin Md Daud
Tn. Hj. Kamarudin bin Abu Samah
Pn. Muzliati binti Ahmad Murad
Pn. Aliah Shaherra binti Raman Arif
*Senarai rasmi Anggota Lembaga Koperasi.
Biro-Biro KPMP
Struktur fungsian yang memacu operasi dan program koperasi.
Biro Pendidikan dan Pondok Pengajian At-Taqwa
Ketua Biro: Tn. Haji Ahmad Halimi bin Harun
Pelan Tindakan:
- Menyediakan program-program kemahiran dan kecemerlangan akademik bagi meningkatkan nilai diri untuk anggota dan ahli keluarga anggota.
- Mengelola infrastruktur dan kemajuan pembangunan Pondok Pengajian At-Taqwa.
- Menyediakan pelan tindakan bagi projek pendidikan 'Road to Gontor'.
Biro Perladangan
Ketua Biro: Dato' Seri Dr. Isahak bin Yeop Mohd Shar
Pelan Tindakan:
- Menambah nilai prestasi pengeluaran hasil ladang.
- Menambah aset ladang bagi meningkatkan keberhasilan pendapatan utama KPMP Berhad.
Biro Ekonomi
Ketua Biro: Encik Yusof bin Sulaiman
Pelan Tindakan:
- Mendapatkan prospek peluang perniagaan yang berpotensi tinggi menjana pendapatan koperasi.
- Mewujudkan usahawan rintis koperasi dengan mengenalpasti perniagaan-perniagaan anggota koperasi.
Biro Kebajikan, Sosial dan Keanggotaan
Ketua Biro: Pn. Hajjah A'azenin binti Dato' Mohd Abbas
Pelan Tindakan:
- Meningkatkan bilangan anggota baru koperasi dengan mengadakan kempen keanggotaan.
- Mengenal pasti anggota yang memerlukan bantuan dan sokongan.
- Menyediakan aplikasi dan media sosial yang bersepadu untuk mengemaskini data keanggotaan KPMP Berhad.
Biro Pembangunan Modal Insan
Ketua Biro: Encik Ahmad Khairulrais bin Ahmad Khairi
Pelan Tindakan:
- Pengumpulan dan pengemaskinian data ahli belia.
- Penganjuran kursus dan latihan untuk ahli koperasi.
- Mempersiapkan anggota-anggota yang berpotensi untuk mengambil alih teraju pentadbiran KPMP di masa akan datang.
Moto KPMP Berhad
"Kita Sekeluarga Sejiwa"
Menyatukan hati dan tenaga demi kemajuan bersama.
Hubungi Kami