Aktiviti Kebajikan
Sehingga kini, pihak Koperasi KPMP telah memperuntukkan dan membelanjakan lebih daripada RM setengah juta bagi tujuan sumbangan serta penyaluran dana pendidikan kepada para anggota. Langkah ini mencerminkan komitmen berterusan KPMP dalam memperkasa kesejahteraan pendidikan ahli, sekaligus menyokong matlamat koperasi untuk melahirkan generasi pelajar yang berilmu, berdaya saing dan berintegriti.
Dana Pendidikan
- Sumbangan dermasiswa kepada anggota dan anak anggota bagi tujuan melanjutkan pelajaran.
- Anugerah Cemerlang Akademik mengikut tahap pengajian.
- Membangunkan Pusat Pengajian Pondok at-Taqwa dengan penyediaan fasiliti dan pengisian kuliah agama secara harian dan mingguan.
- Memberikan khidmat masyarakat dengan kelas tuisyen intensif SPM kepada warga Kg. Gajah.
Sumbangan Khas
- Memberikan khairat kematian kepada waris anggota bagi menguruskan urusan pengkebumian.
- Memberikan sumbangan bencana alam bagi meringankan beban mereka yang terjejas.
- Memberikan sumbangan ibadah haji bagi mempermudah urusan jemaah ke Tanah Suci.
Aktiviti Pondok
Pondok Pengajian ini ditubuhkan sebagai pusat pembelajaran Islam yang berperanan dalam mendidik masyarakat meliputi aspek ilmu agama, akhlak dan rohani. Dengan bimbingan tenaga pengajar berpengalaman, pondok ini menjadi wadah melahirkan generasi berilmu, beriman serta beramal selaras dengan tuntutan Islam.
Kelas Mengaji
Tafsir Al-Quran
Kuliah Dhuha
Tuisyen Percuma
Bantuan Pendidikan
Berbuka Puasa & Moreh
Aktiviti Ekonomi
Berikut merupakan senarai projek dalam pelaksanaan dan pengurusan oleh KPMP Berhad iaitu bagi meningkatkan tahap pendidikan, kebajikan dan sosioekonomi.
Ladang Sawit (Utama)
Aktiviti utama KPMP Berhad adalah peladangan kelapa sawit, yang merupakan penyumbang utama hasil pendapatan. Koperasi memiliki dua buah ladang seluas **174.01 Hektar**.
Ladang KPMP di Sg. Tumbuh mempunyai keluasan 127 hektar, manakala Ladang KPMP di Kg. Gajah mencatatkan keluasan 47.01 hektar. Operasi mematuhi piawaian MSPO.
Jumlah Ladang
2 lokasi
Jumlah Keluasan
174.01 Hektar
Pensijilan
MSPO
Sumbangan
Pendapatan Teras
Ladang Solar
KPMP Berhad telah memajakkan tanah Ladang KPMP Kg. Gajah seluas 116 ekar kepada **Syarikat Gajah Suria Power Sdn. Bhd.** bagi menjalankan aktiviti ladang solar.
Keluasan
116 ekar
Tempoh Perjanjian
25 tahun
Hasil Tahunan
RM626,400
Rakan Strategik
Gajah Suria Power
Projek ini dijangka bermula pada tahun 2027 dan akan memberikan impak ekonomi yang konsisten kepada koperasi.
Projek Perumahan: Taman KPMP Damai
Projek Perumahan Taman KPMP Damai melibatkan usahasama KPMP Berhad bersama **Prestasi Development Sdn. Bhd.** bagi membangunkan 102 unit rumah teres satu tingkat.
Rakan Strategik
Prestasi Dev.
Jumlah Unit
102 unit
Jenis
Teres 1 Tingkat
Status
95% siap
Projek ini disasarkan memenuhi permintaan kediaman moden pada harga berpatutan, dengan serahan kunci dijangka pada Januari 2025.
Projek Perumahan: Taman Desa KPMP
Projek Perumahan Taman Desa KPMP merupakan usahasama KPMP Berhad bersama **DWI Milik Sdn. Bhd.** bagi membangunkan 291 unit rumah dan 7 unit rumah kedai pejabat.
Rakan Strategik
DWI Milik Sdn. Bhd.
Unit Kediaman
291 unit
Unit Komersial
7 unit
Kemudahan
Surau & Dewan
Kawasan perumahan ini turut dilengkapi dengan surau, taman permainan dan dewan serbaguna untuk penduduk setempat.






